Saturday, August 6, 2011

Mayat wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki di temui

Mayat yang ditemui di tingkat lima, Blok Chryssa, Apartment Astaria di Taman Kosas, Ampang semalam disahkan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Amiruddin Jamaluddin berkata mayat pertama yang dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat masih belum diketahui identiti dan bangsanya.
“Hasil bedah siasat mengesahkan badan yang dikerat milik seorang wanita dan cap jari mangsa telah diambil untuk semakan lanjut.
“Manakala mayat kanak-kanak lelaki ditemui dalam plastik dan lengkap tubuh badan, dipercayai berusia lima hingga enam tahun,” katanya dalam satu khidmatpesanan ringkas (SMS), Khamis.
Beliau berkata polis masih menyiasat, merakam keterangan saksi dan sedang memeriksa rekod orang hilang.
Pada Rabu, badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian selain organ dijumpai dalam dua beg plastik selain usus dan perut manusia dalam mangkuktandas di unit itu. – BERNAMA



bila manusia berkelakuan seperti binatang
kekejaman dan penyeksaan terhadap kanak-kanak...
kekejaman terhadap wanita.
pembunuhan merata-rata.
Apa hak mereka untuk mencabut Nyawa?
sedangkan mereka tahu Itu kerja Tuhan.

No comments:

Post a Comment